Feeds RSS

Monday 26 September 2011

KURIKULUM, STRUKRUR PENGETAHUAN, TABII SAINS DAN TERAS PENGETAHUAN GURU

ahaa..ini la tajuk yang aku belajar harini..untuk menjadi seorang guru, banyak perkara yang aku kena tau.perkara-perkara di atas ni adalah sinonim dengan kerjaya seorang guru,tambahan pulak guru sains..banyak yang aku dah belajar harini,tapi tak perlu kot aku nak tulis semua kat sini.kalau nk tengok,bukak portal ye kawan2,semua nota ada kat situ.kat sini aku nak tulis sikit2 je apa yang aku faham..
kurikulum ni ada banyak maksud dia, antaranya;



selain itu, kami juga belajar tentang perbezaan fakta, hukum dan teori.semuanya ada di dalam nota tetapi apa yang boleh ditulis disini ialah hukum hanya memperihalkan sesuatu dalam dunia semula jadi ini (desribe) manakala teori akan menjelaskannya dan mempunyai bukti2 yang menyokong (explain)

oh hari Selasa yang mengantuk!

pagi ni di kelas aku agak mengantuk.bukan sebab boring dr nurul ajar tapi sebab semalam tido lewat.haha padan muka aku!tapi mengantuk-mengantuk aku pun,banyak jugak 'benda' yang aku dapat belajar tadi.hah,ni ontologi yang salah ni.bukan 'benda' tapi 'perkara'..(pesan dr nurul)..ok2,berbalik kepada pembelajaran hari ini.sebelum memasuki topik sebenar,kami telah membincangkan 'homework' semalam; Mencari maksud dan contoh 12 kemahiran proses sains..12 kemahiran tersebut adalah :

·         Memerhati = Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria
·         Mengelas = Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan cirri atau sifat yang sepunya
·         Mengukur dan menggunakan nombor =  Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai
·         Membuat inferens = Proses membuat kesimpulan awal yang menerangkan pemerhatian
·         Meramal = Proses menjangkakan peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman atau data yang dikumpul
·         Berkomunikasi = Kemahiran untuk menerima, memilih dan mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk
·         Menggunakan perhubungan ruang dan masa = Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa
·         Mentafsirkan maklumat = Kebolehan memberi penerangan rasional
tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
·         Mendefinisi secara operasi = Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan
·         Mengawal pembolehubah = Kemahiran mengenalpasti dan menghubungkait pembolehubah
·         Membuat hipotesis = Proses menghasilkan kenyataan yang menghubungkan 2 atau lebih pembolehubah
·         Mengeksperimen = Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGAJARAN

apakah beza di antara matlamat dan objektif? bezanya, matlamat ialah apa yang ingin dicapai oleh seseorang dalam jangka masa panjang dan matlamat ini adalah kabur. berbanding dengan objektif yang merupakan apa yang jelas yang ingin dicapai dalam jangka masa yang terdekat. setiap ojektif dicapai untuk mencapai matlamat..
 “Goals without objectives can never be accomplished while objectives without goals will never get you to where you want to be”


apa pula yang dimaksudkan dengan objektif/hasil pembelajaran? ia adalah satu penyataan yang menjelaskan apa yang pelajar perlu tahu dan fahami selepas selesai sesi pembelajaran.ianya merangkumi 3 domain iaitu kognitif(pengetahuan), psikomotor(kemahiran) dan afektif(sikap dan nilai)...


5 komponen hasil pembelajaran ialah mempunyai kumpulan sasaran, frasa kata kerja, objek, konteks dan kriteria.

Saturday 24 September 2011

make decision pleasee!!

setuju atau tidak dengan pembinaan loji nuklear di Malaysia?dh berhari-hari kumpulan kami membincangkan tentang perkara ini dan kami sebulat suara TIDAK BERSETUJU dengan perkara ini atas beberapa sebab.antara sebab-sebab yang ketara ialah keselamatan yang tidak terjamin.selain itu keburukannya juga ialah sisa radioaktif,jaminan bahan api,kos penyelenggaraan dan baikpulih serta tempat pembinaannya..

Thursday 22 September 2011

MODEL INSTRUKSI / PENGAJARAN

okeh..harini kita belajar  tentang model instruksi dan pengajaran.apa maksud model ni?model sebenarnya bermaksud struktur atau susunan suatu proses yang kompleks kepada yang lebih ringkas. maknanya model ini meringkaskan proses pengajaran dan pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu pengajaran itu..banyak model yang kita pernah dengar seperti teori pembelajaran behaviouris, kognitivis, humanis dan sosialis. tetapi teori pembelajaran atau model yang telah dibincangkan ialah tentang teori pembelajaran konstruktivis.


MODEL 4 FASA KONSTRUKTIVISME


permulaan/cungkil idea

  • buat perkaitan dengan pengalaman pelajar
  • cungkil idea pelajar
struktur semula idea
  • aktiviti meneroka
  • hands-on, minds-on, hearts-on
  • penaksiran
aplikasi idea
  • aktiviti penggayaan
  • penyelesaian masalah
  • penaksiran
refleksi/penutup
  • membanding pengetahuan baru dengan lama
  • membuat kesimpulan
  • penaksiran




Tuesday 20 September 2011

PENDIDIKAN,INSTRUKSI,PENGAJARAN,TEKNOLOGI,PENAKSIRAN,PEMBELAJARAN

Wah,banyaknya!Apa benda semua ni?'Nate gapo nih?'Bak kata org pantai timur la.hehe.Sebenarnya dalam kelas KPD3016 hari ni,kami belajar maksud-maksud semua perkataan ni.Kita memang selalu dengar perkataan ni tapi pernah tak kita huraikan maksud-maksud perkataan ni semua dengan mendalam?Betul ke kita betul-betul faham tentang semua perkataan ni?haa,ini la masanya kita nak menguji pengetahuan sedia ada kita dan pada akhir sesi ini kita akan dapat hasil pembelajarannya atau dalam erti kata lain kita akan betul-betul tahu maksud semua perkataan di atas.Itulah yang dinamakan objektif pembelajaran.Betul tak?


Dalam mencapai objektif pembelajaran ini,pensyarah kami telah memulakan dengan menggunakan unit 1 iaitu persoalan inkuiri utama iaitu memulakan pembelajaran dengan pertanyaan.Soalan yang diberikan kepada kami ialah


1.Apakah yang dimaksudkan dengan;

  •   pendidikan
  •   instruksi
  •   pengajaran
  •   teknologi
  •   penaksiran
  •   pembelajaran

2.Bagaimanakah semua konsep ini berkait? 


untuk menjawab semua soalan ini,teknik yang telah digunakan ialah 
Advance organizer : Teknik KWL

  • what u Know
  • what u Want to know
  • How to find out
  • what u Learned
Di akhir pembelajaran setelah sesi perbincangan dan pembentangan bersama dr.Huda dan rakan-rakan,kami dapati maksud seperti berikut :
  • pendidikan = proses yang merangkumi pengajaran dan pembelajaran,boleh berlaku secara formal,informal dan tidak formal
  • pengajaran = proses penyampaian maklumat-lebih kepada peranan guru
  • pembelajaran = proses menerima dan membina ilmu
  • penaksiran = proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang boleh dilakukannya
  • instruksi = cara penyampaian maklumat,memberi arahan oleh guru atau dengan cara lain
  • teknologi = alat,sumber yang membantu memudahcara proses pendidikan 


Monday 12 September 2011

day 2 ~ What is ASSESSMENT??

assessment is the process of collecting data about what students know and what they are able to do...

there are many ways of assessments such as questioning, giving quizzes, giving questionaires and doing courseworks..

1st Day Questions..

How is life without energy?
Oh no! I just can't imagine my life without energy. if there is no energy, how can i wrote in this blog and how can u read this? if there is no energy, my room will be so dark n hot now because there are no lights and fans. if there is no energy, Malaysia will never be like nowadays. for me, energy is very important in our life. yes we can live without it but who wants to live like an ancient people from thousand years ago? not me for sure!so i'm very-very thankful that there are many energies that we can depend on now because  for me there will be no life without energy!




How does energy shortage affect our life?
Energy shortage will affect our life in many ways such as there will be no progress in our state developments and people will face difficulties in doing anything. 




What do you know about nuclear energy? Can it be the dominant energy source in Malaysia? 
Nuclear energy is produce from the splitting of uranium atoms or also known as fission process. it can produce electricity and i think it can be the dominant energy source in Malaysia like petroleum if we know how to handle it properly.






Sunday 11 September 2011

err..ye,aku dh sem 5 rupanya...

pejam celik pejam celik pejam celik..eh,berapa banyak mau pejam celik daa..huhu..dh masuk tahun ketiga aku kt upsi ni..pelik kan kenapa tetiba nk buat blog pulak?huhu.sebenarnya thanx to dr.huda,sbb dia la aku baru nk blajaq2 blogging ni..tp sbenaqnya kena tulis pasai assignment,tp ni kira introduction la kan.kira halal la ye dr?hehehe.so,i'm welcoming myself to the blogging world.haha.ntahapehape jek...