Feeds RSS

Tuesday 22 November 2011

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

Lebih sebulan yang lepas, kami dah diajar oleh dr tentang kemahiran mikropengajaran atau lebih dikenali sebagai 'microteaching skills'. Kemahiran ni sangat penting sebab untuk jadi cikgu yang baik, kami perlu menguasai semua kemahiran ni. untuk sem ni kami kena belajar je dulu tapi sem depan kami kena praktikkan dalam kelas dan akan diberi markah. kecut woo!tapi xpa,cool je..belajar apa yang senang kan..oklah,teruskan dengan microteaching ni.kalo ikut nota, maknanya ialah satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang dilaksanakan secara harmoni untuk pembelajaran yang berkesan atau dalam kata lain, sesiapa yang nk jadi cikgu kena la menguasai semua kemahiran dalam microteaching ni,barula pnp akan lebih tersusun dan berkesan. kemahiran apa yang kita kena kuasai ni?jom kita tengok sikit...

  1. MEMULAKAN PENGAJARAN
  • tarik perhatian pelajar
  • bantu pelajar bersedia
  • perkenal hasil pembelajaran
  • bina aliran pemikiran
  • tahu pengetahuan sedia pelajar
      2. MENYOAL
  • aju soalan
  • beri masa berfikir
  • pilih pelajar
  • beri respon kepada jawapan pelajar
  • nyatakan semula soalan & bg jwpn tepat
      3. MENERANG
  • guna kejelasan
  • guna penegasan
  • urutan
  • dapatkan maklumbalas
     4. MEMPERKUKUH
  • guna bahasa lisan
  • guna tindakan bukan lisan
  • guna ganjaran
  • guna jawapan pelajar
     5. MEMBUAT DEMONSTRASI 

     6. MENGENDALI PERBINCANGAN

     7. MENGENDALI KERJA AMALI

     8. MENUTUP

     9. MEMBUAT REFLEKSI
   

Wednesday 16 November 2011

UNIT PENGAJARAN

definisi = pelan instruksi / pengajaran  yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau bahagian daripada sukatan pelajaran, disusun dengan teliti & mengandungi 7 perkara ;

  • tajuk & kegunaan unit
  • pengetahuan sedia ada pelajar
  • analisis isi kandungan pelajaran
  • bahan bantu mengajar & belajar
  • kaedah pengajaran & pembelajaran
  • pelan penaksiran
  • rancangan pengajaran harian
tujuan = sebagai rujukan guru & supaya guru dapat mengajar dengan sistematik

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN

Inkuiri Saintifik
- sains memerlukan bukti, merupakan gabungan logik, imaginasi, penerangan dan ramalan
- proses mencari maklumat, menyoal dan menyiasat fenomena yang berlaku di sekeliling kita

4 FASA INKUIRI :
 soalan utama > rancang dan siasat > jawab soalan > bentang hasil

lama ku menghilang...

assalamualaikum..setelah sebulan lebih tak bukak blog, akhirnya aku kembali..terpaksalah aku mengupdate blog ni dari sebelum cuti deepavali dulu.haishh teruk betul..tapi takpa,tak rugi pun buat benda ni..aku akan berusaha siapkan malam ni jugak.chayok2 yana!!