Feeds RSS

Tuesday 20 September 2011

PENDIDIKAN,INSTRUKSI,PENGAJARAN,TEKNOLOGI,PENAKSIRAN,PEMBELAJARAN

Wah,banyaknya!Apa benda semua ni?'Nate gapo nih?'Bak kata org pantai timur la.hehe.Sebenarnya dalam kelas KPD3016 hari ni,kami belajar maksud-maksud semua perkataan ni.Kita memang selalu dengar perkataan ni tapi pernah tak kita huraikan maksud-maksud perkataan ni semua dengan mendalam?Betul ke kita betul-betul faham tentang semua perkataan ni?haa,ini la masanya kita nak menguji pengetahuan sedia ada kita dan pada akhir sesi ini kita akan dapat hasil pembelajarannya atau dalam erti kata lain kita akan betul-betul tahu maksud semua perkataan di atas.Itulah yang dinamakan objektif pembelajaran.Betul tak?


Dalam mencapai objektif pembelajaran ini,pensyarah kami telah memulakan dengan menggunakan unit 1 iaitu persoalan inkuiri utama iaitu memulakan pembelajaran dengan pertanyaan.Soalan yang diberikan kepada kami ialah


1.Apakah yang dimaksudkan dengan;

  •   pendidikan
  •   instruksi
  •   pengajaran
  •   teknologi
  •   penaksiran
  •   pembelajaran

2.Bagaimanakah semua konsep ini berkait? 


untuk menjawab semua soalan ini,teknik yang telah digunakan ialah 
Advance organizer : Teknik KWL

  • what u Know
  • what u Want to know
  • How to find out
  • what u Learned
Di akhir pembelajaran setelah sesi perbincangan dan pembentangan bersama dr.Huda dan rakan-rakan,kami dapati maksud seperti berikut :
  • pendidikan = proses yang merangkumi pengajaran dan pembelajaran,boleh berlaku secara formal,informal dan tidak formal
  • pengajaran = proses penyampaian maklumat-lebih kepada peranan guru
  • pembelajaran = proses menerima dan membina ilmu
  • penaksiran = proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang boleh dilakukannya
  • instruksi = cara penyampaian maklumat,memberi arahan oleh guru atau dengan cara lain
  • teknologi = alat,sumber yang membantu memudahcara proses pendidikan 


0 comments:

Post a Comment