· Memerhati = Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria
· Mengelas = Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan cirri atau sifat yang sepunya
· Mengukur dan menggunakan nombor = Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai
· Membuat inferens = Proses membuat kesimpulan awal yang menerangkan pemerhatian
· Meramal = Proses menjangkakan peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman atau data yang dikumpul
· Berkomunikasi = Kemahiran untuk menerima, memilih dan mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk
· Menggunakan perhubungan ruang dan masa = Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa
· Mentafsirkan maklumat = Kebolehan memberi penerangan rasional
tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
· Mendefinisi secara operasi = Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan
· Mengawal pembolehubah = Kemahiran mengenalpasti dan menghubungkait pembolehubah
· Membuat hipotesis = Proses menghasilkan kenyataan yang menghubungkan 2 atau lebih pembolehubah
· Mengeksperimen = Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis
0 comments:
Post a Comment