Feeds RSS

Tuesday, 22 November 2011

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

Lebih sebulan yang lepas, kami dah diajar oleh dr tentang kemahiran mikropengajaran atau lebih dikenali sebagai 'microteaching skills'. Kemahiran ni sangat penting sebab untuk jadi cikgu yang baik, kami perlu menguasai semua kemahiran ni. untuk sem ni kami kena belajar je dulu tapi sem depan kami kena praktikkan dalam kelas dan akan diberi markah. kecut woo!tapi xpa,cool je..belajar apa yang senang kan..oklah,teruskan dengan microteaching ni.kalo ikut nota, maknanya ialah satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang dilaksanakan secara harmoni untuk pembelajaran yang berkesan atau dalam kata lain, sesiapa yang nk jadi cikgu kena la menguasai semua kemahiran dalam microteaching ni,barula pnp akan lebih tersusun dan berkesan. kemahiran apa yang kita kena kuasai ni?jom kita tengok sikit...

  1. MEMULAKAN PENGAJARAN
  • tarik perhatian pelajar
  • bantu pelajar bersedia
  • perkenal hasil pembelajaran
  • bina aliran pemikiran
  • tahu pengetahuan sedia pelajar
      2. MENYOAL
  • aju soalan
  • beri masa berfikir
  • pilih pelajar
  • beri respon kepada jawapan pelajar
  • nyatakan semula soalan & bg jwpn tepat
      3. MENERANG
  • guna kejelasan
  • guna penegasan
  • urutan
  • dapatkan maklumbalas
     4. MEMPERKUKUH
  • guna bahasa lisan
  • guna tindakan bukan lisan
  • guna ganjaran
  • guna jawapan pelajar
     5. MEMBUAT DEMONSTRASI 

     6. MENGENDALI PERBINCANGAN

     7. MENGENDALI KERJA AMALI

     8. MENUTUP

     9. MEMBUAT REFLEKSI
   

Wednesday, 16 November 2011

UNIT PENGAJARAN

definisi = pelan instruksi / pengajaran  yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau bahagian daripada sukatan pelajaran, disusun dengan teliti & mengandungi 7 perkara ;

  • tajuk & kegunaan unit
  • pengetahuan sedia ada pelajar
  • analisis isi kandungan pelajaran
  • bahan bantu mengajar & belajar
  • kaedah pengajaran & pembelajaran
  • pelan penaksiran
  • rancangan pengajaran harian
tujuan = sebagai rujukan guru & supaya guru dapat mengajar dengan sistematik

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN

Inkuiri Saintifik
- sains memerlukan bukti, merupakan gabungan logik, imaginasi, penerangan dan ramalan
- proses mencari maklumat, menyoal dan menyiasat fenomena yang berlaku di sekeliling kita

4 FASA INKUIRI :
 soalan utama > rancang dan siasat > jawab soalan > bentang hasil

lama ku menghilang...

assalamualaikum..setelah sebulan lebih tak bukak blog, akhirnya aku kembali..terpaksalah aku mengupdate blog ni dari sebelum cuti deepavali dulu.haishh teruk betul..tapi takpa,tak rugi pun buat benda ni..aku akan berusaha siapkan malam ni jugak.chayok2 yana!!

Thursday, 6 October 2011

ALHAMDULILLAH..

Minggu keempat dah hampir tamat!cepatnya masa berlalu..alhamdulillah segala yang kami rancangkan telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kekalutan pada hari selasa iaitu hari seminar..perbahasan yang dilakukan pada hari isnin telah berjalan dengan lancar dengan pihak pembangkang yang sangat mantap.tidak kurang juga pihak kerajaan yang sangat berwibawa.tahniah kawan-kawan semua!pada hari seminar pula terdapat sedikit kekalutan kerana masa yang tidak mencukupi.namun begitu banyak informasi berguna yang kami perolehi,terima kasih kepada penceramah yang telah sudi hadir di seminar kami..

Sunday, 2 October 2011

cepatnya dah isnin??

malam ni aku yakin semua rakan-rakan psychophysics tidur lewat sebab buat persediaan untuk perbahasan esok..bukan esok kot,sekejap lagi sebab sekarang pun dah masuk hari isnin.jadi selamat berjaya kepada semua ya!

Monday, 26 September 2011

KURIKULUM, STRUKRUR PENGETAHUAN, TABII SAINS DAN TERAS PENGETAHUAN GURU

ahaa..ini la tajuk yang aku belajar harini..untuk menjadi seorang guru, banyak perkara yang aku kena tau.perkara-perkara di atas ni adalah sinonim dengan kerjaya seorang guru,tambahan pulak guru sains..banyak yang aku dah belajar harini,tapi tak perlu kot aku nak tulis semua kat sini.kalau nk tengok,bukak portal ye kawan2,semua nota ada kat situ.kat sini aku nak tulis sikit2 je apa yang aku faham..
kurikulum ni ada banyak maksud dia, antaranya;



selain itu, kami juga belajar tentang perbezaan fakta, hukum dan teori.semuanya ada di dalam nota tetapi apa yang boleh ditulis disini ialah hukum hanya memperihalkan sesuatu dalam dunia semula jadi ini (desribe) manakala teori akan menjelaskannya dan mempunyai bukti2 yang menyokong (explain)

oh hari Selasa yang mengantuk!

pagi ni di kelas aku agak mengantuk.bukan sebab boring dr nurul ajar tapi sebab semalam tido lewat.haha padan muka aku!tapi mengantuk-mengantuk aku pun,banyak jugak 'benda' yang aku dapat belajar tadi.hah,ni ontologi yang salah ni.bukan 'benda' tapi 'perkara'..(pesan dr nurul)..ok2,berbalik kepada pembelajaran hari ini.sebelum memasuki topik sebenar,kami telah membincangkan 'homework' semalam; Mencari maksud dan contoh 12 kemahiran proses sains..12 kemahiran tersebut adalah :

·         Memerhati = Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria
·         Mengelas = Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan cirri atau sifat yang sepunya
·         Mengukur dan menggunakan nombor =  Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai
·         Membuat inferens = Proses membuat kesimpulan awal yang menerangkan pemerhatian
·         Meramal = Proses menjangkakan peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman atau data yang dikumpul
·         Berkomunikasi = Kemahiran untuk menerima, memilih dan mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk
·         Menggunakan perhubungan ruang dan masa = Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa
·         Mentafsirkan maklumat = Kebolehan memberi penerangan rasional
tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
·         Mendefinisi secara operasi = Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan
·         Mengawal pembolehubah = Kemahiran mengenalpasti dan menghubungkait pembolehubah
·         Membuat hipotesis = Proses menghasilkan kenyataan yang menghubungkan 2 atau lebih pembolehubah
·         Mengeksperimen = Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis